Pertandingan Bicara Berirama ‘Suara Rimba’ Peringkat Sekolah Menengah Sempena Hari Hutan Antarabangsa Tahun 2016 Peringkat Negeri Perak 2016 akan diadakan pada 5 Mac 2016 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi.

Pertandingan bicara berirama ini dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

 

OBJEKTIF PERTANDINGAN

Bagi menggalakkan pelajar sekolah yang terlibat untuk mengasah dan mempamerkan bakat menceritakan keunikan dan kepentingan hutan serta kepelbagaian hayat di Malaysia dengan cara kreatif dan berkesan.

Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mengembangkan pengetahuan berkenaan hutan di Malaysia dengan cara yang menarik dan senang difahami, di samping menambah minat pelajar sekolah di dalam bidang perhutanan.

 

Syarat dan bagaimana untuk sertai, anda boleh rujuk sini:

  1. Terbuka kepada pelajar sekolah Tingkatan 1 hingga 5.
  2. Borang penyertaan boleh dimuat turun di Laman Web Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
  3. Tarikh tutup penyertaan pada 12 Februari 2016 (Jumaat).

 

Apa lagi, kalau ada bakat terpendam, jom join!