KUALA PILAH – Pertemuan rakan-rakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abd Samad bagi sesi 1970 hingga 1975 tahun akan diadakan 4 Mei ini bertempat di Hutan Lipur Rekreasi Ulu Bendul.

Perjumpaan julung kali dianjurkan itu bertujuan merapatkan hubungan silaturahim selain menggamit nostalgia zaman persekolahan.

Pengerusi program, Kamarulzaman Othman berharap, majlis itu berjalan lancar dan lebih ramai bekas pelajar SMK Datuk Abd Samad hadir memeriahkan pertemuan tersebut.

Katanya, pendaftaran bermula jam 11.30 pagi dan kemudiannya majlis tahlil serta doa selamat diadakan demi memperingati rakan-rakan yang telah meninggal dunia.