KOTA BHARU – Program wacana bertajuk “Dunia Pendidikan Tok Guru” akan diadakan Sabtu ini, 13 Febuari 2016 bertempat di Dewan Terbuka Maahad Darul Anuar (Mada), Pulau Melaka.

Wacana tersebut dianjurkan Kompleks Pendidikan Darul Anuar dan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) dengan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Mada.

Empat panel terkenal dijangka menjayakan wacana tersebut seperti Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Rektor Universiti Fatoni, Dr Ismail Lutfi, Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengerusi Kompleks Pendidikan Darul Anuar, Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Wacana yang bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari itu juga turut diserikan dengan pameran Galeri Tok Guru.