MACHANG - Buat julung kalinya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang akan menganjurkan majlis konvokesyen pada Khamis hingga Sabtu ini.

Pelbagai program menarik akan diadakan sepanjang majlis tersebut termasuk pameran oleh agensi kerajaan dan swasta, kejohanan bola sepak tertutup, ceramah kerjaya dan pasar ria.

Tidak ketinggalan, persembahan seni kebudayaan, wayang kulit dan dikir barat. orang ramai dialu-alukan bagi sama-sama  memeriahkan program tersebut.