Karnival Pendidikan Guru selama 3 hari bermula 25 - 27 Oktober 2016 akan berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Tema Karnival Pendidikan Guru  bagi tahun ini ialah memperkasakan STEM (Science Technology Engineering Mathematic) dalam pendidikan.

Berbagai aktiviti di sediakan antaranya pameran akademik dan inovasi yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar, Pameran dalam bidang Teknik dan Vokasional, Pameran dari Jabatan Kerajaan dan bukan Kerajaan, Aktiviti Sukan dan Permainan, Persembahan Kebudayaan dan Pertandingan Robotik.

Keistimewaan sambutan Karnival tahun ini memilih lokasi di bangunan TVET yang berhampiran dengan bengkel teknologi seperti bengke lelektrik, elektronik, automotif, penyejukan, penyamanan udara, pemesinan, kimpalan, dan kejuruteraan awam.

Sebagai menghargai sumbangan oleh pihak Menteri Besar bagi menjayakan karnival semua sekolah di negeri Sembilan dijemput hadir dan pada 26 Oktober jam 8.00 malam diadakan ceramah agama bersama penceramah jemputan iaitu Ustaz Hariyanto Rizal Lokman.

Tujuan pelaksanaannya ialah bagi menggalakkan komuniti setempat supaya dapat bersama mengimarahkan majlis ilmu dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga IPG dan peluang kepada komuniti setempat untuk berniaga.