A. PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL KPM*

• Murid hendaklah mengikuti pengajian di peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) selama dua (2) tahun

• Setelah murid lulus dengan jayanya di peringkat SVM (berdasarkan syarat yang telah ditetapkan), murid akan ditawarkan mengikuti Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) selama dua (2) tahun di Kolej Vokasional (KV) yang sama dan mengikuti On The Job Training (OJT) dalam tempoh yang ditetapkan.

• Sekiranya murid gagal melepasi SVM, murid boleh meneruskan pengajian di KV yang sama di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan menjalani OJT dalam tempoh yang ditetapkan

• Penilaian Program Kemahiran adalah ‘single tier’ tahap tertinggi berdasarkan pencapaian murid

• Fokus program kolej vokasional untuk melahirkan pekerja yang kompeten dari segi kemahiran untuk keperluan industri

B. ALIRAN TEKNIKAL*

• Aliran Teknikal yang ditawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia memberi fokus kepada bidang/pengajian seperti berikut:

Bidang-bidang tersebut adalah:

• Pengajian Kejuruteraan Elektrikal Elektronik

• Pengajian Kejuruteraan Awam

• Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

• Perdagangan

• Sains Pertanian

• Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:

a. Tingkatan 4

b. Tingkatan 5

dan seterusnya dinilai melalui Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

 

CARA MEMOHON:

• Permohonan boleh dibuat secara online dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my atau https://sptv.moe.gov.my mulai 15 OKTOBER 2018.

• Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my bagi

mendapatkan info berkaitan permohonan.

• Pemohon dikehendaki meneliti setiap info yang dipaparkan sebelum mengisi

permohonan online

• TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 20 DISEMBER 2018, 11.59 malam

• SEMAKAN PERMOHONAN: 18 JANUARI hingga 22 JANUARI 2019

 

Sila hubungi alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

ARAS 5 DAN 6, BLOK E14, KOMPLEKS E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

(u.p.: Unit Pengambilan dan Pertukaran Murid)

No. Telefon: 03-8884 5154 / 5089 / 5067 / 5088 / 5094