Putrajaya - Keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2017 akan diumumkan pada Khamis bersamaan 24 Ogos ini.

Menurut kenyataan media Lembaga Peperiksaan KPM, sebanyak 12,589 calon mendaftar untuk menduduki SPM Ulangan di 229 pusat peperiksaan di seluruh negara.

"Seramai 1,707 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar," katanya.

Menurutnya, tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPM Ulangan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Calon akan dimaklumkan keputusan melalui pos atau calon boleh mendapatkan keputusan mereka dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Katanya, Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM Ulangan 2017 melalui mySMS 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 24 Ogos da akan ditamatkan pada jam 6 petang, 30 Ogos 2017.