Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 akan dikeluarkan pada 6 Mac 2018 ini.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mular jam 12:00 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui:

Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM RESULT<jarak>No. Kad Pengenalan dan menghantarkannya ke 15888

Membuat semakan melalui sistem atas talian (online) dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di URL : http://www.mpm.edu.my mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan.

Pada peperiksaan STPM 2017, seramai 43,042 calon telah hadir menduduki peperiksaan ini di 700 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Keputusan Peperiksaan STPM 2017 Diumumkan 6 Mac Ini.memberikan informasi yang bermanfaat kepada anda khususnya kepada calon STPM 2017 yang terlibat.

Semoga berjaya semua!