Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama Alumni Sekolah Sukan Negeri Selangor (SMK S11) telah menganjurkan majlis Makan Malam Amal Sejuta Kenangan pada 20 Ogos 2016 bersamaan hari Sabtu, jam 8.00 malam, bertempat di Dewan Bestari SSN SMK Seksyen Sebelas, Shah Alam, Selangor.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen Sebelas telah diiktiraf sebagai Sekolah Sukan Negeri Selangor sejak 2008. Walau bagaimanapun, suasana persekitaran dan prasarana sekolah agak ketinggalan berbanding dengan sekolah harian yang lain. Justeru, antara objektif penganjuran majlis ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu pihak sekolah menaik taraf prasarana dan persekitaran sekolah demi memartabatkan SMK S11 sebagai Sekolah Sukan Negeri Selangor. Juga turut ingin menggiatkan usaha semua warga sekolah untuk sama-sama berusaha mencapai aspirasi dan matlamat yang ingin dicapai.

Di samping itu, pihak sekolah juga ingin menjadikan majlis ini sebagai lokasi untuk menghimpunkan semula bekas pelajar yang telah berjaya menjadi atlet negara pada hari ini. Selain itu, diharapkan penganjuran majlis seumpama ini dapat menarik perhatian daripada kerajaan negeri sendiri untuk membantu daripada segi penajaan.

Jika dilihat, sekolah ini telah berjaya melahirkan sebilangan besar atlet yang telah berjaya mengharumkan nama negara sehingga ke hari ini. Atlet tersebut terdiri daripada Zulmazran Zulkifli (Tenpin Boling), Mohd Firdaus Mohd Zonis (Basikal), Nur Hidayah Abd Wahid (Gimrama), Mahali Jasuli (Bola Sepak), Muhamad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak), Asrarudin Putra Omar (Bola Sepak), dan Mohd Safiq Rahim (Bola Sepak).

Sehubungan itu, pihak SMK S11 amat berbesar hati sekiranya terdapat pihak yang ingin menghulurkan sumbangan dan tajaan untuk tujuan tersebut melalui pembelian tiket jualan meja makan seperti jadual yang tertera di bawah.

 

Bil.

Harga Satu Meja

Harga Satu Tempat Duduk

Bilangan Meja

1

RM10,000

RM1,000

2

2

RM5,000

RM500

2

3

RM3,000

RM300

4

4

RM2,000

RM200

10

5

RM1,000

RM100

12

6

RM500

RM50

20

 

JUMLAH MEJA

 

50

 

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pn Zainah Ibrahim (016-2804744) atau Datuk Alimudin Hj Abu (016-3380666).

Sumbangan dalam bentuk cek hendaklah ditulis atas nama PIBG SMK SEKSYEN SEBELAS. Pertanyaan mengenai sumbangan boleh diajukan kepada Pn Maimon Yusof - Bendahari PIBG (013-6693822).