SEPANG - Makluman kepada semua yang belum mendaftar untuk menyertai Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH", tarikh tutup pendaftaran dilanjutkan sehingga 22 Julai ini.

Larian amal ini anjuran unit Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Putra Perdana, Sepang serta PIBG sekolah.

Antara aktiviti sampingan yang diadakan adalah pameran daripada AADK, PDRM, KKM, JKDM dan bilik sumber PPDa SK Taman Putra Perdana. Selain itu, terdapat juga permainan kanak-kanak, cabutan bertuah, senamrobik dan gerai jualan.

Kepada yang berminat masih belum terlambat untuk menyertainya.

Jom beramai-ramai memeriahkan Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH"!