Untuk memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa murid mengisi borang manual, sistem pendaftaran online ini diwujudkan khusus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 telah dibuka pada 1 MAC 2017 sehingga 30 APRIL 2017.

Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia.

Walau bagaimanapun, sistem online masih belum dapat dilakukan untuk negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan dan perlu mendaftar melalui sekolah secara manual.


Siapakah yang perlu daftar untuk kemasukan tahun 1 pada 2018 dan 2019?

Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir:

Tarikh Lahir 2 JAN 2011 - 1 JAN 2012
Tahun Persekolahan 2018


Tarikh Lahir 2 JAN 2012 - 1 JAN 2013
Tahun Persekolahan 2019


Pendaftaran secara atas talian di : https://public.moe.gov.my

Tarikh Pendaftaran dibuka: 1 Mac 2017 - 30 April 2017

Adakah yang tahun persekolahan 2019 perlu mendaftar juga?
~ Ya, pendaftaran dibuka awal 2 tahun sebelum.

Siapakah yang perlu mendaftarkannya?
~ Ibu Bapa