Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) jam 3 petang tadi, calon SPM juga boleh mengetahui keputusan masing-masing menerusi perkhidmatan semakan keputusan SPM 2016 melalui mySMS 15888.

"Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 16 Mac nanti dan tamat pada jam 6 petang, 22 Mac," katanya.

Menurutnya, pada tahun ini seramai 434,535 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM di 3,732 pusat peperiksaan di seluruh negara.

"Sebanyak 377,194 calon adalah calon sekolah kerajaan, bantaun kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan. Sebanyak 9,094 pula calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (misalnya, MRSM)," katanya.