Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 7 November ini hingga 6 Disember 2016.

Seramai 434,535 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,732 pusat peperiksaan seluruh negara.

Ia juga melibatkan 32,220 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.