SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan berlangsung pada 23, 25, 30, 31 Oktober dan 1 November 2017.

Seramai 9,534 calon telah mendaftar untuk menduduki STAM pada tahun ini di 240 pusat peperiksaan yang akan dibuka di Malaysia dan Kemboja.

Seramai 1,071 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadulkan.

Lembaga peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan STAM 2017 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di alamat lp.moe.gov.my

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian berjalan lancar.