PERMOHONAN cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa/hadiah latihan persekutuan (separuh masa) bagi pegawai perkhidmatan pendidikan.

Permohonan dalam talian dibuka mulai 15 Januari 2020 (rabu) jam 5.00 petang hingga 31 Januari 2020 (jumaat) jam 5.00 petang. Mohon rujuk portal rasmi kpm bagi sebarang pemakluman terkini dari masa ke semasa.

Laman Web: https://epenawaran.moe.gov.my/

PERHATIAN :

Bakal pemohon diingatkan untuk mengemaskini maklumat masing-masing dalam sistem e-operasi sebelum membuat sebarang permohonan penajaan Tahun 2020. Hanya satu permohonan sahaja pada satu masa.

Pengenalan Program Penajaan Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.

- Pemberian penajaan atau kemudahan cuti belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh KPM.

- Pegawai yang mengikuti program penajaan akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh cuti belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Tempoh cuti belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai layak unyuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.

- Pegawai – pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan mendapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

Antara program penajaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

(i) Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);

(ii) Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);

(iii) Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA]; dan

(iv) Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0].

Carta Proses Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Calon - calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://epenawaran.moe.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka).

Permohonan akan dibuka mulai 15 Januari 2020 (Rabu) jam 5.00 petang hingga 31 Januari 2020 (Jumaat) jam 5.00 petang.

- Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temuduga.

- Kementerian berhak membuat pindaan terhadap syarat-syarat permohonan, program yang ditawarkan, senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan.

- Calon hanya boleh mengemukakan SATU permohonan sahaja dalam tempoh tawaran permohonan ini dibuka.

Sebarang pertanyaan mengenai hebahan tawaran ini, boleh menghubungi pegawai berikut:

Cawangan Penawaran

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2, No. 2, Menara 2,

Jalan P5/6, Presint 5

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 PUTRAJAYA

(u.p. : Cik Nur Amalina Alyani binti Sajat / Cik Nurhafifah binti Rosli / Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)

No. Telefon : 03-8888 1616 / 03-8870 6375 / 03-8870 6442 / 03-8870 6369/03-8870 6000 samb. 4416 / 4950

Faks : 03-8870 6839

E-mel : [email protected]

Untuk masalah teknikal borang permohonan, sila hubungi :

E-mel : [email protected] (mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah teknikal borang permohonan yang dihadapi).

Artikel Menarik:

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Seronok rupanya kaedah ‘Flipped Classroom’ - Untung budak sekarang

Cara ustaz ini ajar Pendidikan Islam buat pelajar benar-benar faham konsep aurat