KOTA TINGGI - Seramai 33 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili di sini, diarak menaiki traktor sebelum dikhatankan beramai-ramai dalam majlis dianjurkan
di sekolah.

Yang Dipertua PIBG, Hashim Mohamed berkata, program julung kali itu diadakan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama sekolah juga komuniti setempat.

Menurutnya, melalui program itu secara tidak langsung menunjukkan kebersamaan yang padu di antara kesemua yang terlibat serta mengukuhkan lagi ukhuwah warga sekolah bersama
penduduk setempat.

Hadir sama, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Norazman Othman.

Norazman dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau teruja dengan program diadakan dan diharap ia dapat diteruskan bagi tahun berikutnya.

Terdahulu, semua peserta turut diarak menaiki traktor dan dimandikan menggunakan pili bomba dengan bantuan dan kerjasama Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi.

Peserta khatan beramai-ramai SK Sri Setia ini kelihatan comel berselempang dan berbaju Melayu sebelum diarak menaiki traktor.

Murid yang terlibat dalam program khatan diarak menaiki traktor sebelum majlis dimulakan.