KAJANG - Seramai 70 ibu bapa dan guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kajang Utama hadir pada Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru, di sini, baru-baru ini.

Setiausaha Badan Kebajikan Pendidikan Khas SMK Kajang Utama, Zainul Alam Yaakub berkata, ia memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga terlibat secara langsung dalam perancangan, perjalanan serta aktiviti kebajikan anak pendidikan khas.

“Menerusi program ini, pengurusan sekolah berharap penerangan dan maklumat yang tepat berkaitan program pendidikan serta masa depan anak-anak dapat diberi kepada ibu bapa dan penjaga mereka. "Ia juga menjadi platform menjana idea dan perkongsian pintar antara ibu bapa dengan pengurusan sekolah," katanya.

Pada majlis itu, turut diadakan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Pendidikan Khas sekolah, ceramah Hala Tuju Pendidikan dan  Kerjaya Murid Berkeperluan Khas.