Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Perah menghargai 95 murid sekolah itu kerana berjaya membuktikan kehadiran 100 peratus ke sekolah sepanjang Ramadan lalu.

Sehubungan satu majlis penghargaan sempena sambutan hari raya diadakan baru-baru ini bagi menghargai dan memberi semangat kepada murid agar rajin ke sekolah.