GUAL TO’ DEH – Kehadiran Pengarah Urusan SPA Integrated, Datuk Ir Fauzi Omar di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh menaikkan semangat murid sekolah itu untuk berusaha dalam pelajaran.

Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Gual To’ Deh, Alias Ghazali berkata, ia juga dapat mengubah persepsi murid, kemiskinan bukan untuk diwarisi sebaliknya berusaha demi masa depan cemerlang.

“Murid di sini mengagumi usaha anak kelahiran Kampung Alor Lenggok Repek ini sehingga berjaya bergelar seorang tokoh korporat,” katanya selepas menerima sumbangan sebanyak RM5,000 daripada Fauzi, 11 Mac 2016.