BENTONG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan proaktif dalam memupuk karakter anak-anak dan memastikan kejayaan mereka dalam akademik.

Ahli Parlimen Bentong , Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tanggungjawab mendidik anak tidak seharusnya diletakkan kepada guru sahaja.

“Ibu bapa sebagai anggota PIBG juga perlu jalankan tanggungjawab mereka.

“Hubungan erat dan komunikasi terbuka antara ibu bapa dan pihak sekolah adalah penting untuk selesaikan masalah babitkan pelajar. PIBG juga perlu ada pelan tindakan jelas dalam usaha meningkatkan pencapaian sekolah,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Chemomoi di sini, kelmarin.