SUBANG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan U3 Subang Perdana mengambil inisiatif untuk menganjurkan Seminar Take Charge of Yourself secara percuma khas buat murid sekolah berkenaan yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ketua Biro Pendidikannya, Wan Mohd Irfan Wan Mohd Zahari berkata, pihaknya mendapat idea bagi melaksanakan program tersebut untuk memberi semangat kepada murid-murid tahun enam yang baru sahaja menjalani ujian percubaan UPSR baru-baru ini.

Artikel berkaitan: PIBG temukan pasukan SK Methodist Petaling Jaya - Selangor United untuk tingkat skil (20 foto)

Menurutnya, selepas mengadakan perbincangan bersama penceramah terlibat, pihak berkenaan bersetuju untuk mengadakan seminar secara percuma bagi membantu murid-murid di sekolah terbabit.

“Kebiasaannya jika kita bawa ahli akademik, sudah semestinya ia melibatkan kos sekitar RM300 hingga RM400. Namun selepas perbincangan, pihak berkenaan menawarkan untuk mengadakan seminar secara percuma.

“Alhamdulillah, program ini mendapat sokongan baik daripada pihak PIBG dan sekolah,” katanya ketika ditemui di SK Jalan U3 Subang Perdana di sini semalam.

Murid Sekolah Kebangsaan Jalan U3 Subang Perdana tekun mendengar ceramah yang disampaikan.

Mohd Irfan berkata, lebih 100 murid sekolah terbabit mengikuti program itu yang bermula seawal jam 8 pagi.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan ibu bapa yang ada kepakaran dalam bidang akademik atau kokurikulum untuk bersama pihak sekolah mengadakan program sebegini pada masa hadapan.

“Kita amat berbesar hati jika ada ibu bapa yang ada kepakaran dalam bidang tertentu untuk bersama menyumbang kepada murid,” katanya.

Sementara itu, penceramah, Nortifi Aini Abdul Wahid berkata, pihaknya terpanggil untuk memberi seminar secara percuma kepada murid yang bakal menghadapi UPSR bulan hadapan.

Menurutnya, masyarakat setempat perlu memberi sumbangan kepada sekolah bagi membentuk murid yang berjaya.

Baca:

Kisah seram: Guru ini kongsi lebih 50 kisah misteri di sekolah

Pasang Jalur Gemilang terbalik di sebuah sekolah di Pahang tidak disengajakan - KPN

Guru ini kongsi tiga masalah yang sering pelajar lakukan di sekolah, namun ramai ibu bapa tak tahu

Sembilan pelajar Jepun lawat SMK Batu Kikir

'Tak ada baju raya baharu tak ada masalah, tak cukup bendera saya tak boleh tidur' - Cikgu Normala