GUNONG - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunong buat julung kalinya menganjurkan majlis amal sarapan bagi bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dekat sini.

Guru besarnya, Ibrahim Awang berkata, majlis itu menghimpunkan kira-kira 2,000 jemputan yang terdiri daripada ibu bapa, penduduk setempat, serta wakil dari sekolah seluruh Bachok.

“Alhamdulillah kita berjaya mengumpul dana untuk PIBG. Melalui majlis ini kita dapat eratkan hubungan antara sekolah yang hadir.

“Hari ini (semalam) juga Co-Opbank Persatuan melalui pengurusnya, Mohd Rafis Makhtar sudi menyumbangkan RM1,500 untuk majlis ini serta untuk program khidmat masyarakat di Sungai Rual, Jeli pada 6 hingga 8 Oktober ini yang melibatkan 70 pelajar,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Yang Dipertua PIBG, Mohd Radzuan Hamat.

Ibrahim berkata, program khidmat masyarakat itu adalah di bawah anjuran unit Sains Sosial SMK Sri Gunong yang turut melibatkan enam orang guru pengiring.

Khidmat masyarakat itu bertujuan mendekatkan pelajar dengan kehidupan masyarakat orang Asli di daerah Jeli di samping menyemai rasa prihatin terhadap masyarakat lain.

Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas sumbangan Co-Opbank Persatuan di atas sumbangan yang diberikan pihak mereka.