SEGELINTIR ibu bapa ada setuju dan rela hati beri sumbangan wang yuran kepada PIBG.

Misalnya, seorang suri rumah, Rusiah Salleh, 38, yang membayar yuran PIBG pada sesi persekolahan dibuka awal tahun ini, menganggap ia adalah tanggungjawab ibu bapa.

"Dulu memang wajib bayar, sekarang sejak dua tahun lepas tak salah saya, sesiapa nak bayar, bayar, tak nak bayar tak perlu.

"Itu sebab kini dikatakan sumbangan PIBG dan bukan lagi yuran wajib, tapi eloklah ibu bapa bayardemi anak-anak," katanya.

Begitu juga Siti Fatimah Busu, 36, yang telah buat bayaran sumbangan PIBG sebanyak RM50.

"Kalau dikira bagi setiap anak ke sekolah seorang RM50, memang saya rasa agak tak patut, tapi RM50 untuk PIBG dalam tempoh setahun adalah wajar," katanya.

Halimah

Bagi Halimah Bachtiar, 36, pula, penjelasan dibuat guru kepada ibu bapa membantu beri pemahaman pentingnya menjelaskan sumbangan PIBG sebanyak RM50 bagi sebuah keluarga.

Menurut pekerja swasta itu, sumbangan PIBG itu akan digunakan sebaik mungkin untuk anak masing-masing.

"Bukan semua ibu bapa mampu bayar, tapi jika sekolah minta wang dari pintu ke pintu atau macam minta derma, eloklah ibu bapa beri kerjasama menjelaskan sumbangan PIBG kepada pihak sekolah," katanya.

Ini pula luahan YDP PIBG yang terkilan dengan sikap sesetengah ibu bapa https://www.gpsbestari.com/aktiviti/pibg/memang-pibg-habiskan-duit-tapi-kami-buat-untuk-murid-ydp-pibg pula-kongsi-situasi-sebenar-1.921914