PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bukan bantuan penuh kerajaan mengakui tahun ini agak perit untuk menjayakan beberapa program melibatkan murid kerana kekangan kewangan.

Yang Dipertua (YDP) PIBG, SJKC Pei Hwa di Pedas, Negeri Sembilan, Tai Yen Peng berkata, sumbangan PIBG ditetapkan di sekolah tersebut hanya sekitar RM10 bagi sebuah keluarga sedangkan bantuan dermawan juga makin berkurangan.

"Dengan jumlah murid sekitar 46 orang sahaja, jumlah sumbangan mampu dikumpul pun cuma sekitar RM460. Kira-kira 80 peratus daripada murid sekolah adalah orang Melayu. Hanya ada 12 murid Cina dan enam lagi murid India.

"Jadi sebagai PIBG setiap tahun akan meraikan tiga kaum ini pada hari perayaan," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, tahun ini memang agak perit sikit sebab ekonomi kurang baik.

Katanya, buat masa ini dana PIBG ada dalam RM10,000.

"Bolehlah nak buat beberapa program buat anak-anak sekolah tapi tahun depan kita pening juga,” katanya.

Ini pula keadaan SJKT yang mewah dengan sumbangan golongan dermawan dan wakil rakyat.

Mungkin cara yang digunakan boleh diikuti untuk mendapatkan dana tambahan https://www.gpsbestari.com/aktiviti/pibg/sumbangan-pibg-sjkt-dapat-bantuan-dermawan-dan-wakil-rakyat-ydp-buka-cerita-1.921930