TELOK AIR TAWAR - Tiga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sepakat menjalinkan kerjasama dengan mengadakan majlis ceramah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Air Tawar, semalam.

Tiga PIBG itu dari SMK Teluk Air Tawar, SMK Datuk Onn dan Sekolah Kebangsaan Taman Senangan.

Yang Dipertua PIBG SMK Teluk Air Tawar, Amir Shaharuddin Mohd Hassan berkata, kerjasama itu diadakan bagi mengukuhkan hubungan di antara ibu bapa dan guru-guru.

Menurutnya, kerjasama itu adalah yang pertama dilakukan dengan melibatkan dua sekolah menengah dan sebuah sekolah kebangsaan.

"Bila ada majlis sebegini, sekurang-kurangnya ibu bapa dari tiga sekolah ini dapat saling bertukar fikiran terutamanya melibatkan anak-anak mereka," katanya.

Katanya, ceramah itu bertajuk Ramadan Sebagai Bulan Pencegahan Kanser.

"Alhamdulillah, ceramah ini mendapat sambutan menggalakkan dan sokongan daripada semua ibu bapa,” katanya.