GUA MUSANG - Aktiviti berbeza yang dilakukan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kesedar Lebir dan Tadika Al-Saadah ternyata menarik perhatian kanak-kanak.

Bermula dengan perarakan kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik, tayangan video merdeka, taklimat advokasi Klik dengan Bijak (KDB), pertandingan mewarna poster hari merdeka dan berakhir dengan pembelajaran secara dalam talian.

Pengurusnya, Norazlina Nawi berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan mengenai sejarah kemerdekaan negara kepada masyarakat setempat meningkatkan semangat kemerdekaan dan  cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak tadika bersama guru yang mengikuti program sambutan kemerdekaan.

"Program juga bertujuan memberi pendedahan mengenai sejarah kemerdekaan negara kepada masyarakat setempat," katanya.

Selain itu katanya, ia dapat mendekatkan dan mengeratkan silaturahim antara komuniti dan pihak pengurusan pusat internet.

“Pendedahan mengenai sejarah kemerdekaan perlu dititikberatkan sejak kecil lagi bagi melahirkan generasi yang cintakan negara. Seperti yang kita tahu, kini terlalu banyak fitnah terutamanya di laman sosial.

“Bagi kanak-kanak, pendekatan yang digunakan berbeza berbanding dewasa kerana mereka lebih faham dalam konsep mudah seperti aktiviti yang boleh menarik minat mereka,” katanya.

Kanak-kanak Tadika Al-Saadah menyertai pertandingan mewarna yang diadakan sempena sambutan kemerdekaan tadika itu.

\

Kanak-kanak Tadika Al-Saadah teruja dapat mengikuti pembelajaran secara online.