KUALA KRAI - Sukan Tahunan ke-40, Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Guchil merupakan program terakhir bagi guru besarnya yang akan bersara 25 September ini.

Mohd Nawi Deris meluahkan rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan sekolah itu yang banyak memberi kenangan buat dirinya.

Bagaimanapun, katanya, beliau akur dengan tuntutan tugasnya yang bakal berakhir tidak lama lagi.

Mohd Nawi ( berdiri,kiri) bersama guru pada Sukan Tahunan SK Banggol Guchil.

"Walaupun tugas saya sebagai guru besar di sini akan tamat, tetapi saya akan tetap mengikuti perkembangan semasa sekolah ini.

"Saya juga mungkin akan datang ke sekolah ini sebagai murid tua," katanya ketika berucap.

Sukan tahunan sekolah ini dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen sekolah ke tengah padang melintasi dif jemputan.