PANDAN - Sambutan Hari Kanak-kanak Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Indah pada 18 November lalu memberi kenangan manis yang tidak akan dilupakan buat semua warga sekolah.

Lebih menggamatkan apabila kemunculan Mark Adam yang sudi menghiburkan guru dan murid  SK Pandan Indah.

Pentas Utama di Dataran Ilmu SK Pandan Indah dihias indah sebelum sambutan dimulakan.

 

Ketua Unit Sambutan Hari Kanak-kanak SK Pandan Indah, Ahmad Iznan Yusoff berkata, pada tahun ini sangat ‘gempak’ apabila mereka mengadakan kerjasama dengan Persatuan Animasi Malaysia (Animas) dan Suara Akademi bagi memeriahkan lagi sambutan.

Ketua Unit Sambutan Hari Kanak-kanak SK Pandan Indah, Ahmad Iznan Yusoff berkata, program ini merupakan acara tahunan sekolah yang terdapat di dalam takwim.

Ucapan perasmian Guru Besar SK Pandan Indah, Noridah Manap.

 

“Sambutan ini acara tahun sekolah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya memelihara hak dan masa hadapan kanak-kanak khususnya murid SK Pandan Indah,” katanya.

Beliau berkata, acara tersebut diadakan selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan akhir tahun.

Gimik perasmian yang disempurnakan Noridah, Guru Penolong Kanan Akademi Asman Harun (kiri) dan YDP PIBG, Muhammad Zaharuddin Ali (kanan).

 

Sambutan Hari kanak- kanak kali ini dikendalikan Dj Suria FM, Bob Ringgo membuatkan sambutan gamat dan menyeronokkan. 

“Terdapat persembahan daripada You & Me Busker, Mr.Jaja The Clown dan artis baru Maisarah Ukulele,”katanya.

Beliau berkata, SK Pandan Indah turut mengadakan pertunjukan mini yang dinamakan Citra Ceria Si Cilik yang diadakan setiap tahun selama dua jam.

“Pada pertunjukan ini murid diberi ruang untuk melakukan persembahan bagi menyerlahkan bakat mereka yang diadakan di Pentas Utama Dataran Ilmu SK Pandan Indah.

 Persembahan Citra Seni oleh muris SK Pandan Indah yang menghiburkan.

 

“ Pihak sekolah turut menyediakan beberapa permainan interaktif kepada murid untuk menguji fizikal dan mental mereka,” katanya.\

Sambutan Hari Kanak-kanak SK Pandan Indah turut dihadiri 100 guru dan seramai 1,600 murid.

Guru dari Suara Academy, Ewal dan Amir Jahari membuat persembahan.

Personaliti Radio Bob Ringgo bersama maskot Keluang Man dan Tiong Man selaku pengacara majlis yang menggamatkan suasana.

Murid tertarik melihat hasil seni yang dipamerkan di Sudut Pameran Animas.

You & Me Busker ketika membuat persembahan membuatkan murid teruja.

Penampilan Maisarah Ukulele turut membuatkan murid tak bergamjak dari tempat duduk.

Persembahan Mr. JaJa berjaya membuatkan penonton tak kering gusi dengan aksinya yang melucukan.

Dari kanan: Asman, Muhammad Zaharuddin, Noridah dan Ameir.

Murid SK Pandan Indah berkerumun untuk menyaksikan persembahan selebriti.