KUALA TERENGGANU – Bagi mendekatkan pelajar dengan al-Quran, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman mengadakan program Nahwal al-Quran selama 10 minit setiap hari.

Menurut Guru Kanan Bidang Bahasa, Mohd Shafiai Mohd Amin, program itu diadakan sebelum waktu pertama sesi pembelajaran bermula.

“Pada program itu ayat suci al-Quran semua pelajar dan guru dengan dipimpin Ustaz Che Zainal Mamat, Ustaz Mohd Zin b Hussin, saya dan Cikgu Hasan Abdul Rahman.

Ustaz Hj Mohd Zin memimpin bacaan al-Quran pada program Nahwal al-Quran yang diadakan setiap pagi di SMK Sultan Sulaiman.

 

“Program ini dimulakan sejak 2010 lagi bagi melahirkan pelajar yang  perwatakan berakhlak sopan dan terpuji,” katanya.

Katanya, budaya membaca al-Quran perlu sentiasa disuburkan dalam kalangan pelajar kerana situasi masa kini menunjukkan betapa mudahnya anasir luar menyerap masuk mempengaruhi jiwa remaja dan belia.

“Diharap, dengan mendekatkan diri pada al-Quran, sentiasa mengalunkan ayat suci ini mampu menjadi benteng ketika berhadapan dengan cabaran hidup yang semakin meliar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Khatam al-Quran yang diadakan di Surau At-Taqwe sekolah berkenaan.

Pelajar tekun membaca al-Quran sebelum memulakan sesi pembelajaran.

 

Tambahnya, sudah menjadi tanggungjawab pendidik masa kini untuk menggerakkan program yang bermanfaat buat pelajar.

Difahamkan Majlis Khatam al-Quran Kali ke-2 itu dihadiri semua warga pendidik dan pelajar.