Shah Alam - Keterujaan jelas tergambar di wajah 29 pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunung Bachok, Kelantan, apabila tiba di lobi premis Kumpulan
Media Karangkraf.

Masing-masing mengambil kesempatan bergambar dan berswafoto bagi merakam sejarah peribadi bahawa mereka pernah tiba di Karangkraf.

Rombongan sekolah yang diiringi sembilan guru itu turut dibawa melawat ruangan kerja karyawan Karangkraf dan kilang percetakan terbesar di negara ini.

Masing-masing nampak begitu kagum dengan kecanggihan teknologi yang dimiliki syarikat bumiputera terulung ini.

Lebih menarik mereka turut berkesempatan bergambar dengan Pengerusi Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.