SUNGKAI - Program Future Youth Career 2018 memberi tumpuan kepada pelajar Tingkatan Lima MRSM Felda untuk membantu mereka mencari hala tuju dan minat terhadap bidang yang ingin diceburi selepas tamat belajar.

Program anjuran Persatuan Alumni MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak (Alfa) ini melibatkan 208 pelajar Tingkatan Lima yang dikendalikan 34 bekas pelajar MRSM Felda lepasan SPM 2011 hingga 2016.

Melalui pendekatan ini, pihak alumni berharap dapat merapatkan hubungan antara bekas pelajar dan pelajar maktab selain mengetengahkan persatuan Alfa sebagai penanda aras bagi bekas pelajar MRSM Felda untuk memberikan sumbangan kepada pihak maktab.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program antaranya taklimat kerjaya yang mana ahli panel adalah bekas pelajar sendiri, aktiviti riadah, senamrobik dan latihan dalam kumpulan.

Pelajar turut diberi pendedahan beberapa program atau jurusan yang bakal diambil seperti Kejuruteraan, Sains Kesihatan dan Perakaunan.

Sesi perkongsian pengalaman bersama alumni.

Barisan urus setia dan ahli panel yang menjayakan program merakam kenangan.

Antara aktiviti riadah yang dilakukan.