BANGI – Alumni Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, Pekan Pahang (SHAH Pekan) akan menganjurkan Kejohanan Futsal dan Bola Jaring 2017 di Uptown Sports Bangi, Sabtu ini.

Pengerusi Alumni SHAH Pekan, Datuk Remie Arman Musa berkata, kejohanan itu bakal menghimpunkan lebih 450 bekas pelajar mewakili 27 generasi sekolah berkenaan dari tahun 1990 hingga 2016.

REMIE ARMAN

“Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah melalui aktiviti sukan antara bekas pelajar lama dan yang baru menamatkan pengajian di SHAH Pekan,” katanya.

Menurutnya, kejohanan itu dilaksana untuk berkongsi perkembangan terbaharu yang berlaku dalam pertubuhan.

“Ia juga dapat mencungkil bakat baru untuk diserap ke dalam Pasukan Alumni SHAH Pekan mewakili pertubuhan di peringkat Alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan.

“Mungkin menerusi pertemuan ini nanti bekas-bekas pelajar boleh menyarankan bentuk sumbangan kepada sekolah ini,” katanya.

Katanya, bekas pelajar berkelapangan boleh bersama-sama menghadiri kejohanan berkenaan yang dijangka bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang.

“Program berkenaan akan dimeriahkan dengan kehadiran guru dan bekas guru SHAH Pekan,” katanya.