Klang - Persatuan Bekas Pelajar SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang (Alumni STAR Klang) bersama Kumpulan Marhaban Kg Sg Kembung, Pulau Indah menganjurkan Majlis Berendoi dan Bercukur Jambul cucu sahabat mereka, Norlaila Mahmud.

Presiden persatuan Dr Mohamad Rafie Md Kaslan berkata, seramai lebih 50 bekas pelajar SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang dan masyarakat berhampiran di Kg Sg Kembung Pulau Indah Pelabohan Klang turut mengadakan Program Marhaban Bersama Mu pada 17 Februari lalu.

"Pada majlis itu, kami mengadakan marhaban dan berzanji sempena kelahiran cucu sahabat kami," katanya.

Norlaila dan suami, Ahmad Adnan, 62 (tengah) bersama ahli Kumpulan Marhaban Kampung Sg Kembung Pulau Indah Pelabohan Klang.

Ahmad mencukur jambul cucunya.

 Menantu Norlaila, Mohamad Fadzil Yaacob mencukur jambul anaknya  Nur Zaheera Sofea.

Nur Zaheera Sofea lena didalam buai ketika Majlis Berendoi dan Bercukur Jambul yang dibuat untuknya.