PONTIAN - Seramai 20 bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sinaran Tampok, Benut mengadakan pertemuan semula selepas 31 tahun berpisah dalam satu majlis diadakan di sini,
kelmarin.
Pengerusi penganjur, Ummi Elias berkata, kehadiran bekas murid bagi sesi 1975 hingga 1980 itu memeriahkan pertemuan yang diadakan di pekarangan sekolah berkenaan.
“Kami bersyukur dapat bertemu semula pada usia yang sudah menjangkau setengah abad, namun tetap saling ingat mengingati walaupun telah berubah paras wajah masing-masing,”
katanya, kelmarin.
Menurutnya, kejayaan pertemuan ini menyuntik semangat bekas murid untuk menjejaki rakan lain.
“Kami menggunakan aplikasi media sosial untuk mencari bekas murid sekolah.
“Tak sangka ramai yang hadir lebih-lebih yang tinggal di luar daerah ini,” katanya.
Bekas murid SK Seri Sinaran Tampok bersyukur dapat bertemu semula setelah usia setengah abad
|

Pertemuan semula 20 bekas murid SK Seri Sinaran Tampok mengimbas kembali nostalgia lama ketika belajar bersama.
www.gpsbestari.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang
diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
ARTIKEL BERKAITAN