TANGKAK - Kenangan sewaktu menuntut ilmu ketika zaman persekolahan pastinya tidak dapat dilupakan setiap individu.

Justeru, bagi mengembalikan nostalgia, seramai 83 daripada 112 bekas pelajar Sekolah Menengah Bukit Gambir (SMBG) 1980-1984 memeriahkan majlis pertemuan semula dengan tema Rindu Untuk Semua di Homestay Anjung Sawah, Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir, di sini.

Selain bekas pelajar, program turut disertai 15 bekas guru sekolah berkenaan.

Pengerusi program, Rahayu Wakiman, 49, berkata, kali terakhir mereka bertemu dan berkumpul adalah ketika di sekolah sebelum terpisah 32 tahun kerana membawa haluan masing-masing.

“Perancangan program ini telah lama tercetus melalui perbincangan antara rakan melalui WhatsApp dan Facebook.

Menurut Rahayu, pertemuan semula itu akan dijadikan program tahunan pada masa akan datang dalam usaha mengeratkan ukhuwah.

Katanya, pelbagai perancangan masa depan dirancang untuk manfaat semua.

“Kami cadang adakan program motivasi PT3 dan SPM khusus untuk calon-calon SMBG yang dikendalikan bekas pelajar berpengalaman bagi membalas jasa sekolah yang pernah mendidik kami,” katanya.