KUALA KRAU - Selepas lebih 30 tahun terpisah, sebahagian bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Jenderak Utara yang belajar sekitar 80-an bertemu kembali dalam satu program pertemuan semula ringkas bersama keluarga masing-masing.

Wakil pelajar Rahmat Mohd Ali berkata, walaupun program yang diadakan agak ringkas tetapi bagi semua bekas murid yang terlibat merasakan ianya penuh erti dan bernilai apatah lagi kebanyakannya sudah lebih 30 tahun terpisah.

Beliau berharap pada masa akan datang akan ada pertemuan yang lebih meriah dalam suasana yang berbeza demi ukhuwah dan silaturahim.

“Kami merancang untuk menganjurkan program seperti ini pada masa akan datang dengan lebih hebat lagi dan menggarapkan penyertaan lebih ramai bekas murid.

“Kali ini kami berjaya mengumpul sekitar 50 bekas murid bersama keluarga mereka dan harap jumlah ini akan bertambah nanti,” katanya.