SUNGAI PETANI –Selepas 45 tahun berpisah, akhirnya 60 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim bertemu semula.

Pengerusi Penganjur, Fuad Yahya berkata, pertemuan semula mengimbau nostalgia zaman persekolahan.

“Alhamdulillah, perjumpaan kali ini berjaya satukan 60 bekas pelajar yang sama-sama berada di persekolahan tahun 1972 dan 1973,” katanya.

Pertemuan diadakan di sebuah restoran di Jeti Semeling yang turut  dihadiri seorang bekas guru.

“Kita tak jumpa lagi dah lepas tamat belajar, masing-masing menumpukan kepada kerjaya dan berpisah jauh dan dekat.

“Namun, hari ini kita terharu kerana masih diberi kesempatan  untuk bertemu semula selepas satu tempoh yang agak panjang berpisah,” katanya. 

Menurutnya, antara matlamat utama pertemuan ialah mengeratkan silaturahim dan mengikat semula  tali persahabatan yang terputus.

Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada bekas pelajar  yang datang dari pelbagai negeri dan latar belakang kerjaya walaupun saling sukar untuk mengenali disebabkan perbezaan rupa bentuk dan wajah setelah meningkat usia.

“Kita juga berharap akan adakan semula pertemuan sebegini pada masa akan datang dengan menghimpunkan lebih ramai bekas pelajar,” katanya.

Beliau berharap bekas pelajar yang masih belum dapat dihubungi tampil dalam program akan datang.