SEPANG - Bekas  pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok (SMKTD) Tahun 1975-1979sedikitpun tidak ada rasa malu walaupun kebanyakan daripada mereka tidak pernah bermain sukan itu.

Itu antara luahan yang mencuit hati dalam kalangan mereka selepas 39 tahun tidak berjumpa.

Penyelaras Pertandingan, Samion Bero berkata,  menjadi satu "trend" untuk bekas pelajar mengadaka  pertemuan bagi mengeratkan silaturrahim.

Menurutnya, tidak ketinggalan bagi kumpulan itu yang mewujudkan pertandingan boling santai di bawah  pengawasan pengerusinya, Bohari Osman bersama barisan ahlijawatankuasa yang lain berjaya mengumpulkan seramai 60 bekas pelajar termasuk pasangan masing-masing.

"Walaupun kebanyakkan dari mereka tidak pernah atau telah lama tidak memegang bola boling namun disebabkan semangat  dan silaturrahim dengan sahabat-sahabat yang telah terpisah lebih 39 tahun mereka ketepikan rasa malu untuk masuk bertanding.

"Takut diketawakan kerana balingan nanti masuk longkang," itulah kata-kata kebanyakkan  daripada mereka,"katanya.

Bohari berkata, pihak pengajur berjaya mendapatkan sumbangan ikhlas daripada ahli yang berkemampuan  menyumbang secara  hadiah bagi  peserta pertandingan boling.

Katanya, beberapa kategori telah dipertandingkan temasuk10 markah terbaik, markah 10 individu lelaki dan wanita terbaik, markah lelaki dan wanita tertinggi dan tidak ketinggalan untuk dua pemenang  misteri.

"Bagaimanapun kutipan sumbangan kilat juga  berjaya dikumpulkan anggara RM 990 bagi mengisi tabung kebajikan untuk membantu ahli-ahli  Alumni SMKTad 75-79 yang ditimpa musibah atau kematian.

"Aktiviti sihat seperti boling ini patut dijadikan contoh yang baik untuk semua lapisan masyarakat apatah lagi ketika diri dimamah usia,"katanya.