Shah Alam - Buat julung kalinya bekas pelajar Sekolah Menengah Perempuan (SMP) Raja Zarina akan mengadakan Majlis Makan Malam Re-Union Alumni RZ pada 20 Januari tahun hadapan.

AJK bahagian media dan promosi majlis, Sherynn Abd Khalid berkata, majlis itu akan melakar memori indah zaman sekolah apabila bekas guru turut hadir memeriahkan pertemuan.

"Bagi memeriahkan majlis ini, kami menjemput semua bekas pelajar SMP Raja Zarina, Port Klang untuk menyertainya," katanya.

Kata beliau, majlis akan diadakan di Grand Ballroom, Hotel Concorde Shah Alam, dengan tema Sentuhan Turquoise.

Manakala penaung bagi Majlis Makan Malam Re-Union Alumni RZ ialah Tengku Datuk Naizatul Shima Tengku Abdul Murad Shah Al-Haj.

Bayaran penyertaan sebanyak RM150 dan tarikh tutup penyertaan pada 31 Disember ini.

Bagi mereka yang berminat boleh hubungi Sherynn menerusi talian 0124977003.

AJK Majlis Makan Malam Re-Union Alumni RZ mengadakan mesyuarat di dewan mesyuarat kediaman Tengku Naizatul Shima, 18 Oktober lalu.

Sherynn bersama Tengku Naizatul Shima.

Kain rentang turut digantung di hadapan SMK Raja Zarina.