TANAH MERAH - Walau sudah lebih 30 tahun terpisah namun hubungan erat antara alumni Grup Sahabat Selamanya Sekolah Menengah Tanah Merah (SMTM) tetap utuh dan diraikan dalam pelbagai majlis dan keraian.

Pengasasnya, Hanisah Mohamed berkata, dalam usaha mengumpul alumni agar  hubungan baik semasa sekolah tida terputus kita turut mengadakan majlis  kesyukuran bagi meraikan sahabat.

“Kita tumbangkan dua ekor lembu dalam majlis kesyukuran dan turut mengagihkan daging lembu ini kepada penduduk di Kemboja dalam usaha menderma dan membantu golongan memerlukan.

“Walau kita hidup dalam negara yang aman, namun kita haruskan mengingati mereka yang kurang bernasib baik dan jika kita diberikan rezeki yang lebih maka tidak salah untuk kita menderma kepada pihak yang memerlukan,”katanya.

Beliau berkata moga usaha seperti ini dapat diteruskan bukan sahaja bagi meraikan sahabat dan mengekalkan sillaturahim malah membantu golongan susah.

“Majlis seumpama ini juga turut mendapat sokongan penaung grup, Datuk Ismail Mamat dan penyelarasnya, Rizani Rabat dan timbalan penyelarasnya, Bahari Mohd Nor.

“Apa yang menariknya aktiviti kami sentiasa mendapat sokongan banyak pihak dan bekas guru yang mengajar kami ketika bersekolah pada tahun 1985 juga turut  memberi sokongan,” katanya.