Kira-kira 100 bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang (1975-2007) hadir memeriahkan Hari Keluarga Sajoha 2017, di UTM Residensi, di sini, baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Bekas Pelajar (Sajoha) itu turut dihadiri kaum keluarga bekas pelajar dari serata negeri termasuk Johor, menjadikan suasana majlis bertambah meriah.

Selain pertandingan boling, pertandingan mewarna kanak-kanak, cabutan bertuah dan persembahan istimewa dari Alam Band turut diadakan.

Presiden Sajoha, Azahari Baharum menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.