PASIR MAS - Hubungan yang terjalin sejak 29 tahun lalu masih utuh dalam kalangan Alumni Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 2 (SID) tahun 1989 walaupun jarak memisahkan mereka.

Walaupun sibuk dengan hal masing-masing, mereka  sentiasa berhubung di antara satu sama lain menerusi aplikasi WhatsApp dan juga Facebook.

Wakilnya, Alkusyairi Hussain berkata, matlamat mereka  adalah untuk terus mengekalkan hubungan sedia ada walaupun sukar bersemuka.

“Sekiranya ada masa terluang atau cuti umum kami  akan gunakan untuk menganjurkan perjumpaan bersama rakan-rakan alumni. 

“Walaupun penyertaan tidak ramai, tetapi sekurangkurangnya  ada rakan yang hadir dan ia memberi peluang  kepada kami untuk bertanya khabar,” katanya kepada
Sinar Harian.

Dia ditemui semasa sambutan Maulidur Rasul Alumni  Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 2 (SID) 1989, di sini. 

Alkusyairi berkata, dia dan rakan-rakan sentiasa menantikan sebarang program anjuran alumni kerana hanya dengan cara itu dapat merapatkan hubungan ahli.

Menurutnya, selain aktiviti, alumni juga berfungsi untuk menjaga kebajikan ahli dan bukan sekadar untuk  bersuka ria.

Katanya, menjadi matlamat mereka untuk mengaktifkan  alumni dengan pelbagai aktiviti menarik khusus untuk ahli. 

“Kami sentiasa terbuka dan memberi peluang kepada semua rakan untuk menyertai alumni serta melontarkan idea-idea menarik bagi memperkasakan alumni ini,”
katanya.