Shah Alam  - Meriah dan ada kelas tersendiri. Itu yang boleh digambarkan majlis pertemuan semula bekas belajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina, Klang pada 20 Januari
lalu.

Rata-rata yang hadir pada  Malam Re-Union Alumni RZ di Grand Ballroom, Hotel Concorde cukup terhibur dan puas hati dengan atur cara yang diadakan pihak penganjur. 

Masing-masing mengikuti tema yang ditetapkan iaitu 'Sentuhan Turquoise' dan cantik dengan busana masing-masing.

Bekas pelajar juga cukup 'sporting' ketika membuat persembahan sehingga ada penonton yang turut menyanyi dan menari bersama.

Lebih bermakna apabila bekas pengetua mereka Zahirah Zainuddin turut hadir pada malam itu walaupun terpaksa berkerusi roda dan diraikan penuh penghargaan oleh bekas pelajarnya.

Dalam ucapannya, beliau mengatakan sangat gembira dapat bertemu dengan bekas pelajarnya walaupun dia sudah tidak kenal kebanyakan mereka.

"Saya harap majlis ini dapat diadakan lebih kerap," katanya.

Penaung Alumni RZ Tengku Datuk Naizatul Shima Tengku Abdul Murad Shah Al-Haj berkata tujuan majlis itu diadakan bagi meraikan usia 50 tahun SMKP Raza Zarina selain bertujuan mengumpul dana untuk menyediakan kemudahan sekolah.

"SMKP Raja Zarina diwujudkan pada 1966 dan tahun lepas.. ulang tahun ke-50. Tapi pilih tarikh ini supaya dapat mengadakan satu majlis yang sempurna.

"Peracangan mula dibuat pada Ogos tahun lalu, kami tubuh ad-hoc komiti untuk melaksanakannya.. memang susah nak kumpul bekas pelajar pada awalnya, tapi akhirnya kami dapat hubungi mereka melalui facebook," katanya.

Menurut beliau, hasil kutipan malam itu pihaknya akan guna untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan pihak sekolah.

"Saya harap majlis pertemuan semula ini akan diadakan lagi.. mungkin lima tahun sekali," katanya.

Sementara itu, Presiden Alumni RZ, Elezaa Zainuddin berkata, pada pertemuan itu seramai 520 orang bekas pelajar terdiri daripada mereka yang mengambil SPM pada 1972 hingga 1994.

"Paling menarik, empat kumpulan bekas pelajar mewakili tahun masing-masing membuat persembahan yang sangat menghiburkan.. mereka sangat sporting hingga dewan gamat kerana tetamu lain turut menyanyi bersama," katanya.

Katanya, pertemuan semua itu menjadi titik pertemuan yang diimpikan semua ahli yang telah sekian lama berpisah.

"Majlis ini menjadi satu lagi momen manis dalam hidup apabila masing-masing terharu dapat berjumpa rakan lama yang kebanyakkannya telah berubah rupa dan penampilan," katan

Salah seorang guru yang turut hadir pada majlis itu, Cikgu Foong Wing Mon berkata,  sekolah ini banyak menyimpan kenangan manis buatnya kerana beliau mengajar di SMKP Raja Zarina dari mula sehingga bersara.

"Sekolah ini sentiada di hati saya kerana banyak kenangan manis, saya pernah hadir ke majlis Alumni RZ sebelum ini.. jika ada buat lagi selepas ini, jangan lupa jemput Mr Fong ya," katanya.

Tiga sahabat Papathy, Subra dan Chee pula berkata, mereka sangat terhibur dan terharu dapat bertemu rakan lain hingga tak sabar untuk bercerita dengan mereka yang tak dapat hadir ke majlis ini.

http://www.gpsbestari.com/video/rz-girls-reunion-nite-smkp-raja-zarina-1.789605