MARANG - Seramai 31 bekas murid Sekolah Kebangsaan Marang (SKM) tahun 1976 hingga 1981 menganjurkan program Kacca Syure di Gong Nangka, di sini, baru-baru ini.

Pengarah program, Mustafa Omar, 48, berkata, sebanyak dua kawah asyura disediakan secara bergotong-royong sebelum diagihkan kepada kariah masjid dan rakan terdekat di kawasan Gong Nangka.

Menurutnya, program itu secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kerana ada dalam kalangan mereka hanya berjumpa semula pada program itu setelah 20 tahun tidak bertemu kerana faktor tugas.

"Ini adalah program kali pertama diadakan dan berjaya menjadi pemangkin atau titik mula penganjuran pada program akan datang," katanya.

Malah katanya, mereka juga sempat berbincang untuk mengadakan majlis perjumpaan semula pada 16 Disember depan selepas semua yang hadir pada program berkenaan menyatakan persetujuan.

"Ini kerana ada di antara kami baru berjumpa semula dalam program itu selepas 20 hingga 25 tahun terpisah kerana faktor tugas.

"Oleh itu kami ambil keputusan untuk kumpul semula bekas murid SKM bulan depan," katanya.