ALOR SETAR- Seramai 30 bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Abdul Malek (SMTAM) SPM tahun 1981 menghadiri Majlis Reunion di Kolej Height di sini semalam.

Penyelaras program Marhaini Ismail berkata, perjumpaan  kali ketiga ini sangat meriah dengan kehadiran beberapa rakan lagi yang belum pernah menghadiri majlis reunion selepas berpisah hampir 37 tahun.

Katanya, sambutan sangat menggalakkan kerana  gabungan bekas pelajar SMTAM yang tinggal di utara dan selatan bersama-sama dapat pulang bagi memeriahkan lagi majlis itu.

“Perjumpaan pertama kali ini sungguh ceria selepas berpisah sekian lama.Walaupun bilangan kehadiran tidak begitu ramai tetapi menjadi asas kepada kami untuk terus menjejaki rakan yang lain.

Pada majlis itu juga pelbagai acara turut diadakan seperti tahlil kepada guru, marhaban, tahlil dan jamuan hari raya,” katanya yang akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan.