PENDANG - Selepas 30 tahun berpisah, bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Kepayang yang lahir pada tahun 1976 bertemu kembali.

Pengarah program, Muhamad Zaidi Hussain berkata, mereka yang hadir turut  mengadakan tahlil buat sahabat yang telah meninggal dunia.

katanya, perjumpaan ini adalah yang pertama kali selepas berpisah sejak kira-kira  30 tahun yang lalu.

“Kita adakan majlis tahlil ini adalah sebagai tanda mengingati sahabat kita yang sudah lama meninggalkan kita,” katanya.

Menurut Muhamad Zaidi, perjumpaan ini diadakan di sekolah berkenaan bagi mengenang  kembali kenangan manis yang tercipta di zaman sekolah.

Katanya, lebih menggembirakan ada dalam kalangan rakan yang menetap di Pahang; Perak, Penang dan Kuala Lumpur sanggup menempuh perjalanan beratus kilometer semata-mata untuk bertemu dengan rakan-rakan lama.

“Majlis dimulakan dengan penceritaan pengalaman dan perkembangan diri masing- masing,” katanya.

Katanya, mereka juga turut membuat pelantikan ahli jawatankuasa bagi memudahkan sebarang program diatur pada masa hadapan.