RANTAU PANJANG – Majlis Temu Mata Bekas Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Abdul Hamid 1981 hingga 1986 dimeriahkan dengan kehadiran 30 bekas murid, semalam.

Pengerusi Alumni, Mohd Sakhi Abdul Kadir berkata, sambutan Aidilfitri diguna sebaik mungkin untuk bertemu rakan-rakan sekelas yang terpisah lebih 30 tahun.

Kerinduan terhadap rakan-rakan sekelas yang terpisah sejak 30 tahun lalu terubat ketika perjumpaan semula di Lubok Jong, semalam.

Menurutnya, meskipun mempunyai keluarga dan kerjaya di luar Kelantan, namun mereka masih mampu berhubung serta meluangkan masa bersama.

“Kita turut menerima tajaan sumbangan hamper makanan daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari untuk menceriakan lagi suasana majlis kali  ini.

“Melihat sambutan daripada rakan, kita berharap dapat mengadakan program yang sama malah lebih besar di masa depan,” katanya.