GUAR CHEMPEDAK - Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 17 mengadakan pertemuan semula rakan yang sudah lama tidak berhubung.
Penganjur, Khairul Amir berkata, dia dan beberapa rakan berusaha menjejaki semula bekas pelajar pada 1990 hingga 1994.
"Perjumpaan ini mampu menggamit memori dan merapatkanhubungan silaturahim sesama kami.
"Jika dulu zaman sekolah kita hanya rapat dengan rakan sekelas sahaja dan apabila dewasa majlis seperti ini mampu menjalinkan hubungan dengan rakan berbeza kelas," katanya.
Khairul berkata, majlis perjumpaan semula itu turut dihadiri guru-guru dan pengetua sekolah berkenaan.
"Selain berbual santai bersama rakan kita juga turut meraikan insan bergelar guru yang banyak berjasa.
"Meskipun mereka tidak mengajar kita tetapi disebabkan insan seperti merekalah kita mampu mengecap kejayaan," katanya.
Menurutnya, majlis seperti ini akan diadakan pada masa akan datang bagi memastikan persahabatan tidak terputus.