Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Aiman lulus temuduga. Tetapi, sebelum meninggalkan bilik temuduga, pegawai Sumber Manusia memberitahu.

Pegawai: Untuk permulaan, kami bayar awak RM5 sejam. Tetapi, selepas 3 bulan, kami akan naikkan gaji awak kepada RM7 sejam. Setuju?

Aiman: Setuju encik.

Pegawai: Kalau begitu, bila awak boleh mula bekerja?

Aiman: Hurmm…3 bulan lagi encik.