Apabila teringatkan peristiwa ini, saya asyik ketawa sahaja. Pada suatu petang minggu, sedang saya solat Asar, terdengar ibu menyuruh adik lelaki yang berumur lima tahun ke bilik air untuk mandi.

Tetapi, adik saya menjawab yang dia sudah pun mandi. Ketika hendak sujud, secara spontan saya mencelah, “Mandilah pulak...”.

Sebaik terdengar suara saya, semua orang terdiam kehairanan dan menyebabkan adik saya bertanya, “Siapa yang bercakap tu?”

Semua orang baru perasan yang saya menyampuk ketika sedang bersolat, lalu gamatlah suasana dengan hilai ketawa.

Alangkah malunya saya ketika itu. Terpaksalah saya memulakan solat Asar kembali. Alahai...